Friday, December 31 |

orientasi thn 1

dah besar abg atief...30hb12 orientasi thn 1 di sk tunku azizah.siap ada exam utk penempatan kelas....lepas ni abg atief kana belajar btl2 laaa...tak blh main2 lagi...tak blh bg alasan tak nak g sekolah tau.

sempat gak umi snap 2keping gambar ni...hehehe.blh lah buat kenangan.waktu ni abg atief kena beratur utk ke kelas,utk menduduki ujian.umi kena tunggu kat dewan...dgr taklimat.


Tuesday, December 21 |

posing 5hero

ni laa ragam 5hero bila nak bergambar ... payah nak dapat gambar elok.ada je yang tak bersedia...






tanpa kalian...sunyi hidup umi.walaupun byk ragam lg lah yg no 2 tuuu...tp umi masih mampu bersabar utk mendidik kalian.seme benda nak buat,kena pk 5hero ni..kena g kursus,terpaksa angkut semua...adoooi,pyh nak berjauhan


Monday, November 22 |

baby nasiff&wasiff...posing lagi

lagi gambar kembar....suka snap gambar baby nasiff & wasiff ni....lepas mandi,amik camera....hehehe.sekarang dah pandai kuar2 suara bercerita....pantang nampak abg2 nya lalu....bunyi lah suara.lagipun kembar langsung tak kisah riuh mana pun umah....3hero duk main tembak2,baby nasiff & wasiff ok jer...lena tido.senang kannnn....umi wanie dah bagi baby nasiff & wasiff makan growell...product fr era edar.berselera baby nasiff & wasiff makan....


actually,baju ni from cuta....ibu eriem,pos dr uk...hehehe.cantik kan..tq cuta...



ni gambar TODAY.....mcm baby dah tahu,lepas mandi jer...pasti kena bergaya.hahaha....ok laa,besar nanti boleh kembar tgk masa dia kecik2...kan!!



umi wanie pun kdg msh keliru...mana nasiff,mana wasiff...









si bulaaat....





Saturday, November 20 |

20 nov 2010....

hi semua....pagi ni baby nasiff & wasiff kena bgn awal.umi nak bawak ke klinik...kena cucuk utk 3bulan.semua nak pergi....sampai di klinik org pun dah ramai..terpaksa laa menunggu giliran.nasib baby nasiff & wasiff tak meragam,tido jer sepanjang menunggu.


sekarang baby nasiff & wasiff dah 6.4kg...sama berat.pandai mereka kongsi makan ye...bgs laa.makin bulaaat umi tgk kmbr ni...bdn semangat.


senang jaga baby nasiff & wasiff ni...cukup susu,tido...mlm2 pun tak ada lah umi bgn kerap kali...setakat ni,umi wanie cukup tido lagi...cuma dah tak larat nak menyusu badan,tak cukup tau....anak lelaki kot...kuat nyusu.susu formula pun 2 tin seminggu....hehehe




ni pulak 3hero...pun nak ikut g klinik...seme nak tgk baby kena cucuk.lama umi wanie tak snap gmbr 3hero ni,payah...kdg sorang tak nak join.pagi td,mood seme ok...so layaaan jer laa gmbr2 terbaru 3hero....




jap jer besar anak2 teruna umi ni.....lebih kurang je muka diaorang





nuzaiff dan muaff...abg atief kat blkg tuuuu... kata nya dah penat bergambar.





3hero encem....







Friday, November 19 |

::MY TOP 5 HERO::







NUZAIFF MUQRI'




NAAJIE'UL MUAFF




ATIEF TASNEEM



















UMI DAN MUAFF








atief dan muaff
































wasiff & nasiff










































5 hero dalam hidup umi....sepatutnya 6 hero campur abi..kihkihkih.payah nak snap gambar abi woooo....jual mahal.seronok tgk anak2 membesar.kalau lah umi wanie ada heroin,lagi lengkap kot...hehehe.apa pun,umi wanie bersyukur pd ALLAH atas rezeki oleh NYA.insyaallah umi dan abi akan didik anak2 dgn sabar dan sebaik mungkin...































Nuzaiff Muqri'

Lama umi tak cerita dan tak masuk kan gmbr hero ke 3 umi wanie ni....nuzaiff.sekarang banyak cakap,sgt rapat dgn abi.apa sahaja nak abi....nak susu ke,nak tido ke,nak mkn ke....nuzaiff nak abi.ni gambar terbaru nuzaiff....gambar ni masa kat kampung,umah umi wanie...blk cuti raya haji baru ni....

kalau suruh berposing...fuuuh,boleh tahan macho nya.time tak nak bergambar jgn nak pujuk laa...tak kan bg kerjasama...kalau ketawa dialah johan...dan time menangis,tak tahu nak bg award apa....tak makn pujuk.abi jer yg blh pujuk nuzaiff niii....







jap jer rasa nuzaiff ni besar,ada kembar lagiii laa nuzaiff jauh diri dari umi.dia tahu umi ada baby,tu seme benda nak abi....tak pernah pukul baby,sgt sayang baby...asyik nak cium jer...bonda umi wanie nak satu kmbr pun dia tak nak bagii...
harapan umi,semoga nuzaiff membesar dgn sihat dan menjadi kebanggaan umi dan abi....



Friday, November 12 |

si kembar ku.....

Inilah kembar umi wanie...dilahirkan pada 30hbjulai 2010.Muhammad Nasiff Nuffal dan Muhammad Wasiff Nuffal.ketika ni baru berusia 8 hari...


14 hari selepas dilahirkan



usia sebulan...kepala dah botak



TERKINI
Inilah wajah kembar NASIFF dan WASIFF sekarang...dah 3bulan ni.jap jer...kan.alhamdulillah nasiff dan wasiff baik,langsung tak meragam..masa dlm pantang je penat sikit...nak bgn menyusu...tukar diapers,jap berak.sekarang...bila tidur je...rengek2 umi bagi susu...sambung tidur balik.




yang sebelah kanan NASIFF merangkap abg.berat ketika lahir 2.2kg manakala si adik WASIFF 2.3kg.masa 2bulan baru ni dah 5.2kg...berat dah sama.sekarang belum timbang lagiii....nampak lagi semangat.





mcm siapa?







SAMA tak?actually tgk real....mereka ni SAMA.Bayangkan umi wanie yang hari2 duk tilik pun boleh tertukar lagi mana satu adik,mana satu abg....btl...masih keliru.tgk btl2 nampak sorang bulat sikit wajahnya,tapi tekaan umi salah jugak...nasib laa si adik ada tanda di belakang kepala...so tiap kali nak tahu adik ke abg ke....,pusing belakang kepala dulu...hehehe












































Doa seorang isteri...



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah dosaku yg telah ku perbuat

Kau limpahkanlah aku dgn kesabaran yg tiada terbatas

Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan

kau peliharakanlah lidahku dr kata2 nista

Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu

Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah

sekiranya suami ku ini pilihan Mu di Arash

Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya suamiku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu

Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya

Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku ke Jannah Mu

Limpahkanlah aku dgn sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya

Sekiranya suamiku ini adalah yg terbaik untukku di duniaMu

Peliharalah tingkah laku serta kata2ku dari menyakiti perasaannya

Sekiranya suami ku ini jodoh yg dirahmati oleh Mu

Berilah aku kesabaran utk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah

Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang

Kau tunjukkanlah aku jalan yg terbaik utk aku harungi segala dugaanMu

Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan duniaMu

Limpahkanlah aku kesabaran utk terus membimbingnya

Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yg melalaikan

Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku perbetulkan keadaannya

Sekiranya suami ku menyintai kesesatan

Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya AllahKau yang Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ku

Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan

bimbinglah aku ke jalan yg Engkau redhai

Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sbg seorg isteri

Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu

Sekiranya aku ingkar dan derhaka

Berikanlah aku petunjuk ke arah RahmatMu

Ya Allah

sesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMu

Aku buta tanpa bimbinganMu

Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa rahmatMu

Ya AllahKuatkan hati dan semangatku

Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu

Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami

Bukakanlah hatiku utk menghayati agamaMu

Bimbinglah aku menjadi isteri yg solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan

Kerana aku pasrah dengan dugaanMu

Kerana aku sedar hinanya aku

Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu

Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu

Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku

Aku hanya ingin menjadi isteri yg dirahmati

Isteri yang dikasihi

Isteri yang solehah

Isteri yang sentiasa di hati suamiku..Amin,amin Ya Rabbal Allamin..
Thursday, November 11 |

project day @ tunas minda













gambar2 kat atas ni umi dapat from teacher fazlin....so sebagai kenangan utk my first hero....project day di tadika abg atief,tadika tunas minda.... dapatlah umi tgk hasil kerja abg atief...dgr abg atief baca story....SHARK.